Tuesday, May 13, 2014

Pada hari ini Rabu, PSS dikunjungi oleh Persatuan Bahasa Melayu. Murid disajikan dengan permainan SAHIBBA..
Permainan yang sangat bagus untuk menambah kosa kata murid

kepada semua ... silalah berkunjung lagi....



murid sedang memikirkan perkataan .....

guru memberi penerangan cara bermain...
teruja budak - budak tu

SAHIBBA baru...mereka orang pertama yang gunakan..




gotong royong 1

Pada awal tahun kami berusaha melebal semula semua buku di pust sumber agar senang untuk di simpan dirak.. warna yang dipilih besar dan terang agar murid mudah nampak dan faham....
harap selepas ini mereka boleh menyusun dengan betul mengikut label


pengawas sumber sedang memeriksa stok buku


GPM dan pengawas sedang melebal buku - buku ...
pengawas PSS sangat cekap..tahniah..

MEMASTIKAN BUKU BETUL MENGIKUT PANDUAN LABEL..GOOD JOB

Penolong ketua dan
rakan salin membantu

masih gembira walaupun banyak buku yang menanti
 terima kasih semua....

Thursday, April 24, 2014

KASIH ABADI

Tahun 2014  sudah menginjak ke  hujung  April kini....
Hari ini baru tergerak hati untuk mengintai kamar laman ini setelah lama ditinggalkan...
berbagai cerita suka duka yang berlaku di dalam hidup ini semenjak aku meninggalkan ruangan ini untuk dikongsi...

Kasih abah meninggalkan diri ini  pada Ogos tahun lalu ... Kasih pada Abah aku sandarkan pada Mama....
boleh menumpang kasih pada mama ...memandangnya seumpama memandang abah jua... tertumpah kasihku pada mama tiada terhenti...saban hari  mama  ...kelihatan sangat uzur.. setelah ketiadaan abah mama nampak sangat tidak bersemangat...mengalir air mata ini apabila mama bukan sahaja kehilangan abah  tetapi  kehilangan ibu jari kakinya jua....

Aku cuba tanamkan semangat buat mama..biarpun semangatku kian longgar...
Aku cuba riangkan mama biarpun riangku  sendiri kian pudar...
Aku mententeramkan mama biarpun jiwaku kacau.....
Ya Allah bantulah aku ...pulihkan semangat mama dan tabahkanlah aku agar
dapat menjaga mama sebaik - baik anak.....

Hari berganti hari mama semakin pulih...
mama semakin banyak bicara...
Ya Allah.. aku bersyukur padamu...
selera mama jua bertambah...
lega hatiku....

Dalam tawa..mama terdiam..
Dalam berbicara mama terputus kata..
mama merenung..jauh..
pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan...

di suatu petang aku bertanya.....
adakah mama merindui abah...
mama hanya tersenyum dan menjawab.. jika rindupun dah tak dapat jumpa..
jika sayang sedekahkan jer fatihah buat dia....
tanpa sedar  air mataku mengalir....
usahlah sedih kata mama....
kita merasakan abah jauh meninggalkan kita.... tapi abah akan membilang hari dan nampak kita
semakin hampir kepadanya....

Oh mama janganlah kata begitu... sayu hatiku....

rasa baru sahaja berbicara..tetapi sebenarnya diam
Terasa baru sahaja bersua tetapi.. sebenarnya tiada wajah...
Terasa baru sahaja ku sentuh dirimu ..tetapi hanya bayangan...

Menangis hati ini..belum reda..
sedih dihati ini belum terubat
Luka hati ini belum sembuh...
kesalan semalam belum dapat aku lupakan
kini........

Mama pula pergi meninggalkan aku...
Pergi buat selamanya...
Dimana hendak ku sandarkan kasih ini...
Dimana hendak ku kabarkan suka duka hati ini....

Tiada lagi dapat aku lihat dirimu..
tiada lagi dapat ku pandang wajahmu..
Akhirnya.. aku terpaku menatap langit....
dan bulan Aprillah saksinya....
mama telah pergi buat selamanya....

meninggalkan aku selamanya.............
selama - lamanya.....

YA ALLAH...JIKA INILAH SURATANNYA....
JIKA DI SINI SAHAJA PERJANJIAN KAU BUAT AKU...
JIKA DI SINI SAHAJA TEMPOHNYA....
PINJAMAN KAU BUAT DIRIKU....
AKU REDO' YA ALLAH....AMBILLAH MAMA KU
 SEBAGAIMANA KAU AMBIL ABAHKU..

POHONKU

YA ALLAH.. AMPUNKANLAH DOSA ABAH DAN MAMA...
yA ALLAH....JAUHLAH DIRINYA DARI AZAB SIKSA KUBURMU
YA ALLAH...LAPANGKANLAH KUBURNYA...
YA ALLAH...RAHMATILAH ROH MEREKA...
YA ALLAH...KASIHANILAH MEREKA DAN KASIHKANLAH MEREKA...
YA ALLAH.. TEMPATKANLAH MEREKA DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN
DAN BERAMAL SOLEH...
YA ALLAH ...TEMPATKANLAH MEREKA DI DALAM SYURGAMU....
AMIN..YA ROBBAL A'ALAMIN...

kini mereka tiada lagi
apa yang tinggal hanyalah memori..
dan memori inilah yang sering meruntun jiwaku....

tapi aku tidak akan mengira hari pemergian mereka......
kerana aku tahu aku semakin hampir dengan mereka...
dan itu sememangnya pasti.....

dan buat pembaca sekalian.. kasihkanlah mereka selagi ada..
dan jika tiada..
teruskanlah kasih dengan mengirim mereka surah - surah dan doa yang berterusan....
ingatan ...buat kalian dan diriku jua......



Wednesday, April 23, 2014

Cikgu, jom ke perpustakaan sekolah....'.
 Cikgunya bertanya,'Apa alasan hendak ke perpustakaan?'
Ini antara jawapan yang diberikan.
1. Lama dah tak masuk ke sana
2. Cikgu tak pernah bawa kami masuk
3. Letih dah cikgu, belajar lama-lama
4. Nak tengok bilik pameran
5. Malas nak belajar
6. Nak baca buku, buat NILAM
7. Nak dok dalam 'aircond'
8. Kesiankan cikgu...(alamak, apa agaknya difikiran pelajar ini)